Menu
Anjing botak Peru SejarahAnjing botak Peru kerap dianggap sebagai anjing Inka kerana ia diketahui telah dibela semasa Empayar Inka (orang Sepanyol mengelaskannya sebagai salah satu daripada enam baka anjing berlainan di dalam empayar itu). Ia juga dibela sebagai haiwan peliharaan dalam kebudayaan pra-Inka dari zon pinggir laut utara Peru. Anjing botak seramik daripada kebudayaan Chimú, kebudayaan Moche, dan kebudayaan Vicus cukup terkenal. Gambaran anjing botak Peru muncul pada sekitar tahun 750 Masihi dalam bekas seramik Moche dan diteruskan dalam tradisi seramik Andes kemudiannya.[13][halaman diperlukan]
Anjing botak Peru kini merupakan lambang Peru dan sebahagian daripada warisan kebangsaannya, yang diraikan dalam kesenian dan kesusasteraan.[14] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menerima baka ini dan menerima pakai piawaian baka rasmi. Sebelum waktu itu, di Amerika Syarikat, sesetengah penggemar menghasilkan lagi satu jenis anjing botak Peru, iaitu Peruvian Inca Orchid atau orkid Inka Peru. Orkid Inka Peru diiktiraf oleh AKC dan semua anjing yang diiktiraf merupakan keturunan bagi 13 ekor anjing yang dibawa dari Peru pada awal abad ke-20. UKC juga mengiktiraf baka ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada tahun 2018, analisis terhadap DNA daripada keseluruhan nukleus sel menunjukkan bahawa anjing memasuki Amerika Utara dari Siberia pada 4,500 tahun selepas manusia melakukannya, terasing selama 9,000 tahun berikutnya, dan selepas perhubungan dengan orang Eropah, anjing ini tidak lagi wujud kerana digantikan oleh anjing Eurasia. Anjing praperhubungan mempamerkan petanda genetik unik yang kini lenyap.[15]
Menu
Anjing botak Peru SejarahBerkaitan
Anjing Anjing pemburu darah Anjing gembala Jerman Anjing gembala Belgium Anjing kereta luncur salji Anjing lembu Australia Anjing Akita Anjing gunung Bern Anjing air Portugis Anjing Santo BernardRujukan
WikiPedia: Anjing botak Peru https://www.peruecologico.com.pe/fau_perrosinpelo_... https://web.archive.org/web/20130615132817/http://... https://www.mef.gob.pe/contenidos/servicios_web/co... https://www.bbc.com/news/world-latin-america-49471... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/310g05-e... https://www.akc.org/dog-breeds/peruvian-inca-orchi... https://web.archive.org/web/20081016095010/http://... https://www.akc.org/expert-advice/health/do-dogs-n... https://hypoallergenicdog.net/is-the-peruvian-inca... https://www.dogsnsw.org.au/Breeds/browse-all-breed...